Blackberry Playbook – Tablet Terkini daripada RIM

Posted on 14. Nov, 2010 by in Teknologi

Kedatangan gadget terbaru seperti IPad daripada Apple dan Android Tablet seperti Samsung Galaxy Tab yang masih  hangat dipasaran, kini tiba pula gadget terbaru daripada RIM – Research In Motion yang lebih dikenali sebagai pengeluar telefon mudah alih Blackberry. RIM telah melancarkan produk barunya yang diberi nama Blackberry Playbook. Kehadiran produk ini seakan-akan mewujudkan perang segi tiga pengeluar komputer tablet yang cuba menarik minat pengguna.

Walau bagaimanapun, fungsi Playbook ini amat sesuai dengan pengguna korporat yang menjalankan perniagaan atau aktiviti korporat. Berbanding dengan IPad yang sesuai dengan remaja dan pengguna yang menggemari multimedia. Manakala Samsung Galaxy Tab sesuai untuk menarik minat pengguna daripada kalangan programmer/software developer.

Playbook menggunakan teknologi Blackberry Tablet OS yang diperkaya dengan teknologi OpenGL dan POSIX serta menyokong paparan HTML5 dalam pelayar web.

Sumber dipercaya menyatakan produk ini akan berada dipasaran pada awal tahun 2011. Di Malaysia, diharap produk ini dibawa masuk melalui pakej khas daripada Maxis, Celcom, DIGI dan lain-lain pembekal talian yang menyediakan pakej khusus kepada peminat gadget.


Pelancaran Blackberry Playbook

Perbandingan Playbook dan IPad

Leave a Reply

  • Portfolio 3D Games Model

    Gajet Terkini dari Amanz

    Error: Feed has a error or is not valid

  • Korporat & Freelance

    Korporat & Freelance
    Syslance Studio menawarkan kerja-kerja pembangunan, rekabentuk dan penyelidikan ICT dengan kadar yang berpatutan serta memastikan produk dan perkhidmatan yang diberi adalah bermutu. Para pelanggan boleh menggunakan perkhidmatan Syslance Studio sama ada sebagai syarikat korporat mahupun sebagai freelance.

  • Perkhidmatan

    Korporat & Freelance
    Syslance Studio menawarkan perkhidmatan rekabentuk web 2.0, pembangunan aplikasi, e-commerce, grafik, penjenamaan, 3D Model dan dokumen digital. Syslance Studio juga berkerja untuk kumpulan penyelidik dan para perunding ke atas projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi menghasilkan produk/output sejajar dengan skop dan objektif penyelidikan mereka.

  • Perkhidmatan Pembangunan

    Korporat & Freelance
    Syslance Studio menawarkan perkhidmatan pembangunan yang melibatkan:

    + Pembangunan CMS Portal, website & Blog
    + Pembangunan Online Sistem PHP & MySQL
    + Pembangunan Sistem Berasaskan FileMaker
    + Rekabentuk AutoCAD/SketchUp
    + Rekabentuk 3D Modeling
    + Analisis SPSS
    + Slide Persembahan