Ubahsuai Antaramuka Gmail Anda
Berita tentang pengubahsuaian antaramuka Gmail telah lama disiarkan. Walau bagaimanapun bagi mereka yang tidak tahu tentang ubahsuaian antaramuka Gmail, maka kini anda berpeluang untuk mengubahnya dengan memuat turun kod aturcara yang disediakan oleh “GLOBAL DESIGN INC”. Kod tersebut akan dipasang pada Firefox Plugin yang diberi nama sebagai “Stylish”. Walau bagaimanapun kod ini hanya berfungsi pada Browser Firefox sahaja dan hanya dapat digunakan pada komputer yang telah dipasang dengan kod tersebut.
Layari halaman ini untuk memulakan pengubahsuaian http://www.globexdesigns.com/gmail/


Kajian & Pembangunan (R&D) Sistem BuildSpec Ke Atas Perkakasan Viliv
Pihak kami kini sedang membuat kajian ke atas perkakasan komputer Viliv untuk penggunaan sistem BuildSpec: Pemeriksaan & Penyelenggaraan Bangunan. Tujuan kajian adalah untuk membuat versi baru BuildSpec untuk kegunaan mudah alih. Yang pasti perkakasan ini lebih mudah digunakan berbanding PDA.



Untuk maklumat lanjut layari http://www.myviliv.com/ces/main_x70atom.html




Syslance Studio menawarkan latihan dan kursus ICT berdasarkan permintaan pelanggan. Latihan dan kursus boleh juga dilaksanakan di premis/lokasi pelanggan atau juga disediakan oleh kami sendiri.
Syslance Studio juga menyediakan pembelajaran dan latihan secara digital iaitu melalui Video Training.