Nokia Booklet 3G – Mobiliti Komputer Peribadi Terkini – Itu sahaja yang boleh digambarkan dengan produk terbaru daripada Nokia. Secara umumnya ramai mengenal Nokia kerana kejayaan produk Handphone yang mendapat sambutan ramai tidak kira lapisan masyarakat. Kini dengan menggunakan teknologi yang ada pada handphone-handphone, Nokia telah membawanya ke satu lagi aras teknologi iaitu komputer peribadi yang menggunakan OS Windows 7 dan juga aplikasi-aplikasi Nokia yang sedia maklum terdapat pada handphone-handphone produk mereka.
Nokia Booklet 3G dilengkapi dengan screen High Defination bersaiz 10 inci dengan menggunakan pemprosesan Intel Atom. Malah prestasi baterinya juga mampu bertahan sehingga 12 jam penggunaan tanpa henti. Selain itu juga berat Nokia Booklet 3G adalah hanya 1.25 KG sahaja.
Ciri-ciri internet pada Nokia Booklet 3G adalah seperti 3G, High Speed Packet Assecc (HDPA) dan WiFi bagi memudahkan pengguna melayari internet.
Bagi para pengembara, Nokia Booklet 3G dilengkapi dengan Assisted GPS (A-GPS) dan bekerjasama dengan Sistem peta OVI bagi memudahkan penggunaan mencari arah tuju sesuatu lokasi dan juga untuk mengetahui lokasi sebenar mereka dengan cepat.
Harga pasaran Nokia Booklet 3G adalah dalam lingkungan RM2900.00+. Jika anda berminat mengetahui lebih lanjut layari website ini: http://conversations.nokia.com/
