Tentang Kami
Syslance Studio menawarkan perkhidmatan dan kepakaran dalam bidang Multimedia dan Rekabentuk Kreatif. Kami juga mengembangkan kepakaran khususnya dalam pembangunan Sistem Pengurusan Dokumen (DMS) dan Pengurusan Dokumen Digital (DDM). Bagi memastikan setiap perkhidmatan dan kepakaran maka Syslance Studio sentiasa memastikan kreativiti serta inovasi sebagai medium penyampaian kepada pelanggan. Pelanggan juga turut diberi latihan yang secukupnya dalam setiap program-program pendidikan ICT seperti kursus pembangunan web, perisian, penggunaan sistem dan sebagainya.
VISI KAMI
Untuk menjadi sebuah organisasi yang sentiasa bersedia dengan kepakaran, idea-idea yang kreatif dan penyelesaian yang unik serta bernas bagi memastikan pelanggan mendapat apa yang diperlukan dengan cepat dan tepat.
MISI KAMI
Mahu berjaya menyampaikan perkhidmatan ICT khususnya multimedia dan rekabentuk kreatif kepada pelanggan. Menjadikan pelanggan sebagai aset yang kekal dan sentiasa berhubung bagi memastikan perniagaan akan sentiasa berkembang.
KONSEP PERNIAGAAN
Perniagaan yang menjurus kepada pembangunan multimedia dan rekabentuk kreatif. Penghasilan buku-buku ilmiah yang membantu pembaca menambah ilmu. Dan memasarkan produk-produk melalui penggunaan ICT.
BIDANG PERNIAGAAN
- Pembangunan Multimedia
- Pembangunan Aplikasi
- Pembangunan Web/Blog/Portal
- Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
- Rekabentuk Kreatif Banner, Risalah, Poster dan Lain-Lain
- Pembekal Sistem Pengurusan Dokumen
- Pembekal Sistem Pengurusan Pelan Bangunan
- Pengurusan Dokumen Digital, PDF, CD/DVD
- Pencetakan Buku, Profil Korporat dan Lain-Lain
