Invoice System – Mencipta & Mengurus Inbois Dengan Mudah, Cepat & Ringkas

Posted July 28th, 2009 in Korporat, Produk, Small Medium Enterprise by Syslance Studio

swapp invoice banner

Untuk makluman anda, setiap perniagaan yang membekalkan perkhidmatan atau perniagaan samaada dalam bentuk produk, digital dan juga perundingan memerlukan surat Invois/Inbois. Tujuannya adalah untuk memberitahu kepada pelanggan mereka bahawa mereka telah pun menjalankan perkhidmatan yang diminta dan kini meminta bayaran yang telah dipersetujui seperti yang dicatatkan dalam sebutharga(quotation) atau secara lisan.

Secara khususnya penggunaan invois ini bertujuan untuk memudahkan sistem merekod tuntuan pembayaran bagi mengenalpasti bayaran yang telah diterima atau tidak. Tanpa invois maka sukar kepada perniaga untuk menjejak projek-projek mereka yang tertangguh bayaran. Kerugian akan dialami oleh perniaga sekiranya mereka tidak dapat menuntut bayaran perkhidmatan mereka.

Maka dengan ini wujudlah satu sistem invois yang dapat membantu perniaga menguruskan tuntutan bayaran mereka. sistem ini dinamakan SIWAPP: Invoice System dan kini sering mendapat permintaan dari perniaga.

Sumber Terbuka

Siwapp merupakan sistem sumber terbuka yang dibangunkan menggunakan teknologi aplikasi web. Anda boleh memasangnya di komputer peribadi anda malah anda juga boleh memasangnya di dalam server/hosting yang memudahkan anda menggunakannya dimana-mana sahaja melalui jaringan internet.

Ciri-Ciri Siwap

  1. Mudah digunakan dan difahami
  2. Selesa digunakan tanpa rasa sebarang kerisauan
  3. Boleh digunapakai untuk pelbagai jenis invois
  4. Paparan muka sistem yang kemas
  5. Sistem yang fleksibel yang membantu pengguna untuk mencuba mengisi data tanpa memprosesnya dahulu
  6. Sistem yang boleh digunakan di mana-mana sahaja menggunakan jaringan internet
  7. Sistem yang membekalkan keselamatan seperti kata kunci bagi mengelak pencerobohan
  8. Sokongan teknikal yang berterusan

Edisi Pemasangan Siwapp

Anda boleh memilih kaedah pemasangan Siwapp mengikut keperluan anda. Sekiranya anda hanya bekerja dalam kumpulan kerja yang sedikit maka “Edisi Pemasangan Secara Komputer Peribadi” lebih sesuai dengan tugasan anda.

Sekiranya anda bekerja dalam lingkungan kumpulan kerja yang besar dan memerlukan pengkongsian maklumat antara satu sama lain, maka “Edisi Pemasangan Secara Server/Hosting” lebih sesuai untuk organisasi anda.

Pemasangan Secara Komputer Peribadi Pemasangan Secara Server/Hosting
Paparan Dalam Web Broser Paparan Dalam Web Broser
Digunakan melalui komputer anda sahaja Digunakan pada seluruh komputer menggunakan jaringan internet
Invois tidak boleh dihantar kepada pelanggan secara emel . Perlu ditukar dalam format PDF terlebih dahulu sebelum dihantar melalui emel. Invois boleh terus dihantar kepada pelanggan secara online.

Kos Siwapp

Kami menyediakan perkhidmatan pemasangan Siwapp untuk anda. Walau bagaimanapun anda juga boleh memasangnya sendiri dengan menggunakan bantuan manual. Berikut adalah maklumat kos pemasangan Siwapp

Pemasangan Lokasi Pemasangan Perkhidmatan Harga
Dilakukan oleh Kami Komputer Peribadi / Server Harga Lesen Siwapp Percuma (Open Source)
Pemasangan RM 500.00
Sistem Sokongan Secara Online
Dilakukan oleh Kami Server Hosting Harga Lesen Siwapp Percuma (Open Source)
Pemasangan RM 500.00
Sewa Hosting/Domain RM 200.00 *
Sistem Sokongan Secara Online
Dilakukan oleh Anda Komputer Peribadi / Server

/ Server Hosting

Harga Lesen Siwapp Percuma (Open Source)
Penghantaran Bungkusan Produk Siwapp

  1. CD Siwapp
  2. Buku Manual
RM 100.00
Sistem Sokongan Secara Online

Layari Siwapp demo untuk mencuba perisian ini. “SIWAPP DEMO

Gunakan
Username: test
Password: test

Jika berminat hubungi 012-7100301 untuk tempahan pemasangan. Kami akan sedia membantu anda dari segi kefahaman & teknikal.