WordPress Memenangi Anugerah Bagi Keseluruhan Sumber Terbuka CMS Terbaik 2009

Posted November 19th, 2009 in Berita, Teknologi by Syslance Studio

Sumber Packt Publishing memaklumkan bahawa WordPress memenangi Anugerah Keseluruhan pengunaan Sumber Terbuka CMS untuk tahun 2009. Anugerah yang dimenangi ini adalah pertama kali dalam tempoh 4 tahun selepas memenangi untuk kategori “Hall of Fame Award“.

Melalui anugerah ini juga, WordPress turut menduduki tempat teratas dalam Overall Award, yang  mengatasi dua jenis CMS yang popular iaitu MODx dan SilverStripe yang terikat untuk kedudukan naib juara.

Berita ini amat ditunggu-tunggu oleh perminat WordPress dan mengharapkan aplikasi ini akan terus berkembang dengan menyediakan pelbagai modul-modul & ciri-ciri yang menarik dan membantu pengguna merialisasikan keinginan mereka.

Maklumat lanjut layari:

http://www.packtpub.com/award

http://wordpress.org/development/2009/11/wordpress-wins-cms-award/

Nokia Booklet 3G – Mobiliti Komputer Peribadi Terkini

Posted September 10th, 2009 in Berita, Teknologi by Syslance Studio

Nokia Booklet 3G – Mobiliti Komputer Peribadi Terkini – Itu sahaja yang boleh digambarkan dengan produk terbaru daripada Nokia. Secara umumnya ramai mengenal Nokia kerana kejayaan produk Handphone yang mendapat sambutan ramai tidak kira lapisan masyarakat. Kini dengan menggunakan teknologi yang ada pada handphone-handphone, Nokia telah membawanya ke satu lagi aras teknologi iaitu komputer peribadi yang menggunakan OS Windows 7 dan juga aplikasi-aplikasi Nokia yang sedia maklum terdapat pada handphone-handphone produk mereka.

Nokia Booklet 3G dilengkapi dengan screen High Defination bersaiz 10 inci dengan menggunakan pemprosesan Intel Atom. Malah prestasi baterinya juga mampu bertahan sehingga 12 jam penggunaan tanpa henti. Selain itu juga berat Nokia Booklet 3G adalah hanya 1.25 KG sahaja.

Ciri-ciri internet pada Nokia Booklet 3G adalah seperti 3G, High Speed Packet Assecc (HDPA) dan WiFi bagi memudahkan pengguna melayari internet.

Bagi para pengembara, Nokia Booklet 3G dilengkapi dengan Assisted GPS (A-GPS) dan bekerjasama dengan Sistem peta OVI bagi memudahkan penggunaan mencari arah tuju sesuatu lokasi dan juga untuk mengetahui lokasi sebenar mereka dengan cepat.

Harga pasaran Nokia Booklet 3G adalah dalam lingkungan RM2900.00+. Jika anda berminat mengetahui lebih lanjut layari website ini: http://conversations.nokia.com/

“EyeOS” Sistem Operasi Sumber Terbuka Secara Maya

Posted August 30th, 2009 in Berita, Teknologi by Syslance Studio

EyeOs merupakan sebuah OS secara lingkaran sumber terbuka yang berkonsepkan aplikasi web. Ianya dibangunkan menggunakan pengaturcaraan PHP, XML, dan Javascript. Terdapat pelbagai aplikasi di dalam EyeOS seperti Desktop dengan 67 aplikasi dan lain-lain sistem utiliti. EyeOs dicapai oleh peranti-peranti mudah alih melalui penggunaan internet. EyeOs menyediakan fungsi muat naik fail-fail anda dan kerja dengan mudah walau di mana sekalipun anda. berada. EyeOs mengandungi permohonan-permohonan Pemproses Kata suka, Buku Alamat, pembaca PDF, dan banyak lagi yang dibangunkan oleh kominiti sumber terbuka.

Untuk para pembangun perisian, EyeOs menyediakan EyeOs Toolkit, iaitu satu set perpustakaan dan fungsi-fungsi bagi membangunkan aplikasi-aplikasi khas untuk EyeOs. EyeOs Toolkit ini menggunakan sistem Portage-Based EyeSoft bersepadu, dimana sesiapa sahaja boleh mewujudkan  simpanan aplikasi mereka sendiri untuk EyeOs mereka dan juga aplikasi-aplikasi tersebut boleh juga diagihkan kepada komuniti sumber terbuka untuk dikongsi.

EyeOs adalah merupakan OS peribadi kepada pengguna yang memasangnya pada komputer peribadi. Walau bagaimanapun ianya boleh dikongsi sekiranya ianya dipasang ke dalam Server atau network komputer. Paparan muka EyeOS menggunakan aturcara AJAX yang mampu menghasilkan kesan-kesan khas seperti paparan muka yang menarik, fungsi “drag-and-drop”, “right click mouse menu” dan sebagainya.

Melalui Server/komputer peribadi, EyeOs menggunakan fail XML  bagi menyimpan maklumat. Di antara maklumat yang disimpan adalah “maklumat akaun EyeOs”, “OS setting”, “Contact Person”, “Aplikasi” dan lain-lain.

eyeos-500x301

eyeos_01-500x384

eyeos_02-500x368

eyeos_03-500x417

Invoice System – Mencipta & Mengurus Inbois Dengan Mudah, Cepat & Ringkas

Posted July 28th, 2009 in Korporat, Produk, Small Medium Enterprise by Syslance Studio

swapp invoice banner

Untuk makluman anda, setiap perniagaan yang membekalkan perkhidmatan atau perniagaan samaada dalam bentuk produk, digital dan juga perundingan memerlukan surat Invois/Inbois. Tujuannya adalah untuk memberitahu kepada pelanggan mereka bahawa mereka telah pun menjalankan perkhidmatan yang diminta dan kini meminta bayaran yang telah dipersetujui seperti yang dicatatkan dalam sebutharga(quotation) atau secara lisan.

Secara khususnya penggunaan invois ini bertujuan untuk memudahkan sistem merekod tuntuan pembayaran bagi mengenalpasti bayaran yang telah diterima atau tidak. Tanpa invois maka sukar kepada perniaga untuk menjejak projek-projek mereka yang tertangguh bayaran. Kerugian akan dialami oleh perniaga sekiranya mereka tidak dapat menuntut bayaran perkhidmatan mereka.

Maka dengan ini wujudlah satu sistem invois yang dapat membantu perniaga menguruskan tuntutan bayaran mereka. sistem ini dinamakan SIWAPP: Invoice System dan kini sering mendapat permintaan dari perniaga.

Sumber Terbuka

Siwapp merupakan sistem sumber terbuka yang dibangunkan menggunakan teknologi aplikasi web. Anda boleh memasangnya di komputer peribadi anda malah anda juga boleh memasangnya di dalam server/hosting yang memudahkan anda menggunakannya dimana-mana sahaja melalui jaringan internet.

Ciri-Ciri Siwap

  1. Mudah digunakan dan difahami
  2. Selesa digunakan tanpa rasa sebarang kerisauan
  3. Boleh digunapakai untuk pelbagai jenis invois
  4. Paparan muka sistem yang kemas
  5. Sistem yang fleksibel yang membantu pengguna untuk mencuba mengisi data tanpa memprosesnya dahulu
  6. Sistem yang boleh digunakan di mana-mana sahaja menggunakan jaringan internet
  7. Sistem yang membekalkan keselamatan seperti kata kunci bagi mengelak pencerobohan
  8. Sokongan teknikal yang berterusan

Edisi Pemasangan Siwapp

Anda boleh memilih kaedah pemasangan Siwapp mengikut keperluan anda. Sekiranya anda hanya bekerja dalam kumpulan kerja yang sedikit maka “Edisi Pemasangan Secara Komputer Peribadi” lebih sesuai dengan tugasan anda.

Sekiranya anda bekerja dalam lingkungan kumpulan kerja yang besar dan memerlukan pengkongsian maklumat antara satu sama lain, maka “Edisi Pemasangan Secara Server/Hosting” lebih sesuai untuk organisasi anda.

Pemasangan Secara Komputer Peribadi Pemasangan Secara Server/Hosting
Paparan Dalam Web Broser Paparan Dalam Web Broser
Digunakan melalui komputer anda sahaja Digunakan pada seluruh komputer menggunakan jaringan internet
Invois tidak boleh dihantar kepada pelanggan secara emel . Perlu ditukar dalam format PDF terlebih dahulu sebelum dihantar melalui emel. Invois boleh terus dihantar kepada pelanggan secara online.

Kos Siwapp

Kami menyediakan perkhidmatan pemasangan Siwapp untuk anda. Walau bagaimanapun anda juga boleh memasangnya sendiri dengan menggunakan bantuan manual. Berikut adalah maklumat kos pemasangan Siwapp

Pemasangan Lokasi Pemasangan Perkhidmatan Harga
Dilakukan oleh Kami Komputer Peribadi / Server Harga Lesen Siwapp Percuma (Open Source)
Pemasangan RM 500.00
Sistem Sokongan Secara Online
Dilakukan oleh Kami Server Hosting Harga Lesen Siwapp Percuma (Open Source)
Pemasangan RM 500.00
Sewa Hosting/Domain RM 200.00 *
Sistem Sokongan Secara Online
Dilakukan oleh Anda Komputer Peribadi / Server

/ Server Hosting

Harga Lesen Siwapp Percuma (Open Source)
Penghantaran Bungkusan Produk Siwapp

  1. CD Siwapp
  2. Buku Manual
RM 100.00
Sistem Sokongan Secara Online

Layari Siwapp demo untuk mencuba perisian ini. “SIWAPP DEMO

Gunakan
Username: test
Password: test

Jika berminat hubungi 012-7100301 untuk tempahan pemasangan. Kami akan sedia membantu anda dari segi kefahaman & teknikal.

Produk- Creating Online Form in A Minute

Posted July 2nd, 2009 in Produk, Small Medium Enterprise by Syslance Studio

banner_machform

Kini ada cara mudah untuk menghasilkan borang online dan mengumpul maklumat dalam masa yang singkat. Aplikasi web yang dihasilkan oleh “Appnitro Software” amat mudah digunakan malah anda mampu membina borang-borang online tanpa menggunakan kod pengaturcaraan computer.

MachForm adalah satu aplikasi web berpangkalan data yang dihoskan dalam bentuk HTML. Ianya direka sebagai satu bentuk borang HTML  dengan penggunaan jaringan yang terkini seperti AJAX, CSS, dan Javascript yang mampu menghasilkan borang secara mudah dan kemas.

MachForm dibina bagi mengurangkan penggunaan, merekabentuk dan menaip kod pengaturcaraan. MachForm tidak  memerlukan pengalaman pengaturcaraan. Paparan muka sistem ini juga mudah difahami dan memberi keupayaan kepada sesiapa untuk membangunkan sistem online, sistem pendaftaran, sistem kaji selidik dan mengumpul maklumat dalam masa yang singkat.

Ciri-Ciri MachForm

easy drag
multiple field spam protection
Drag & Drop

Paparan muka MachForm membiarkan anda mereka bentuk borang anda semudah menggunakan fungsi Drag & Drop. Ia menjimatkan masa anda.

Pemilihan Data Pengisian

Menambah ruang data untuk menghasilkan borang online adalah amat mudah dan cepat seperti butang penghantaran maklumat, teks, perenggan, pelbagai pilihan, kotak pilihan, alamat dan lain-lain lagi. MachForm menyediakan anda dengan satu set lengkap jenis-jenis ruangan data untuk merekabentuk borang profesional anda. Ia membuat anda kelihatan profesional.

Perlindungan Spam Muktamad

Ucapkan selamat tinggal Spam ! MachForm mengintegrasikan pelaksanaan CAPTCHA paling selamat dan boleh dicapai daripada projek reCAPTCHA. CAPTCHA melindungi sistem borang anda dengan mewujudkan imej-imej sebagai ujian kepada pengguna yang ingin memasukkan data.

form manager
email integration
mysql backend
Pengurusan Borang

Modul ini dicipta supaya anda boleh mengurus kesemua bentuk-bentuk borang anda dalam dengan lebih terperinci dan tidak mengelirukan.

Integrasi Emel

Untuk setiap penyerahan borang, anda akan menerima pemberitahuan melalui emel yang mengandungi maklumat penyerahan borang. Ini membenarkan anda untuk segera berhubungdengan pengguna-pengguna anda.

Intergrasi Pangkalan Data MySQL

Kesemua data penyerahan borang anda akan disimpan dalam pangkalan data MySQL. Tiada pengaturcaraan diperlukan; MachForm telah melakukan segalanya untuk anda.

form validation easy installation css integrate
Pengesahan Borang

Anda boleh setkan peraturan-peraturan untuk borang anda. Seperti tiada pertindihan data, menetapkan ruangan data wajib diisi dan sebagainya.

Mudah Dipasang

Pemasangan hanya satu klik sahaja. MachForm telah dilengkapi proses pemasangan secara automatik yang memudahkan anda menggunakan MachForm.

Disepadukan Dengan Laman Web

Setiap bentuk borang yang dihasilkan oleh MachForm telah disediakan fail CSS tersendiri. Anda boleh menggabungkan MachForm ke laman web anda.

file upload
export as
field visible
Memuat Masuk Fail & Dokumen

Anda boleh memasukkan seberapa banyak fail-fail yang anda mahukan tanpa terhad. Walau bagaimanapun bergantung kepada ruangan kapasiti Hosting anda sahaja.

Ekspot Data Ke Excel atau CSV

Data daripada MySQL anda boleh diekspot ke Excel atau CSV. Maka anda bolehlah memperbagaikan penggunaan data tersebut untuk analisis membuat graf atau sebagainya.

Menyorokkan Ruang Data

Anda boleh menyorokkan ruangan data dengan menetapkan data tersebut hanya boleh dilihat oleh pentadbir sistem sahaja.

tooltip
password protected
limited_one
Bantuan Tooltip

Jangan biarkan pelanggan anda keliru apabila menggunakan borang tersebut. Sediakan tooltip untuk mereka untuk memudahkan mereka mengisi maklumat.

Kata Kunci Melindungi Borang

Anda juga boleh meletakkan kata kunci pada borang anda. Jadi hanya individu tertentu sahaja yang boleh menggunakan borang tersebut dan mengisi maklumat.

Had kemasukan Melalui IP

Had kawalan kemasukan berdasarkan alamat IP adalah untuk memastikan pengguna hanya boleh masukkan data hanya sekali sahaja berdasarkan alamat IP tersebut.

Fungsi Tambahan MachForm

autoresponder thumb

Maklumbalas Melalui Emel – Cara mudah selain daripada kemasukan data melalui pangkalan data MySQL, ianya juga akan turut dimaklumkan kepada emel anda. Anda boleh menentukan emel saluran yang akan menerima maklumbalas atau pemberitahuan daripada kemasukkan data-data melalui sistem borang yang telah dicipta.

betterdesign_thumbRekabentuk Paparan Data Emel – Setiap data-data yang disalurkan kepada emel anda akan dipaparkan secara grafikal. Jadi anda tidak lagi merasa bosan untuk membacanya.

email_template_thumbMaklumbalas kepada Pengguna – Setiap pengguna yang menghantar maklumat  ke dalam sistem tersebut akan dimaklumkan kembali kepada mereka melalui emel yang menjelaskan data yang dihantar telah diterima. Anda juga boleh mengubah isi kandungan emel dengan menggunakan modul yang disediakan dalam sistem tersebut.

entry_manager_thumbMengurus Senarai Data – MachForm akan menyenaraikan setiap data-data yang dimasukkan. Senarai ini dicipta secara automatik dan anda boleh mengubahnya menggunakan kreativiti anda tanpa menggunakan kod pengaturcaraan.

column_saving_thumbMengubahsuai Senarai Data – Anda boleh mengubah kolum senarai data dengan memilih data-data yang dikehendaki sahaja.

entry_viewing_thumbPaparan Maklumat – Data-data yang dimasukkan akan dipaparkan dengan tersusun. Anda boleh mengubah data, mencetak dan menghantar data-data tersebut kepada orang lain melalui emel.

Anda berminat? Sekiranya anda mahu mencipta borang-borang online mengikut kemahuan anda dengan cepat tanpa meruncingkan fikiran anda, maka gunalah MachForm ini. Gunakan produk ini untuk menghasilkan borang-borang online kepada pelanggan anda. Mereka pasti teruja dan berpuashati.


Muat Turun Risalah MachForm

Tempah MachForm Melalui Kami

MachForm adalah produk buatan Appnitro Software. Setiap tempahan yang dibuat akan disalurkan kepada Appnitro Software. Transaksi yang berjaya akan diproses selama 3 hari. Produk akan dihantar melalui emel. Sila pastikan emel anda betul bagi memudahkan kami membuat penghantaran.

Pembayaran boleh dibuat secara bank-in/cash deposit/cek ke akaun:

Bank: CIMB Bank
Nama: SYSLANCE STUDIO
No Akaun: 1223-0011468-05-4

  1. Sila Masukan Maklumat Tempahan Anda
  2. (Diperlukan)
  3. (Isikan Emel yang sah) Kami Tidak Akan Dedahkan Emel Anda Kepada Pihak Ketiga
  4. (Diperlukan)
  5. (Diperlukan)
  6. (Diperlukan)
  7. (Diperlukan)
  8. (Diperlukan)
  9. (Diperlukan)
 

cforms contact form by delicious:days

Page 1 of 212